Syuhada

Aku menatap sayu potret kami berdua sewaktu menyambut hari sukan sekolah. Syuhada memeluk erat bahuku sambil tersenyum menggengam medal kemenangan kami. Air mataku berjurai ke pipi. Betapa aku merindui saai-saat bersamanya. Jika dapatku undurkan waktu, tidak akan aku ulangi kesilapan itu. Menyesal sungguh aku dikala ini apabila mengenangkan perbuatanku yang amat kejam terhadap insan semulia Syuhada. Syu, maafkan aku...

OKTOBER 2006

"Tahniah, Sya! Kau memang layak mendapatkan Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM tahun ini. Aku harap kau dapat kekalkan pencapaian seperti ini dalam peperiksaan SPM nanti. Aku tumpang gembira..." ujur Syuhada sambil tersenyum ke arahku. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepadanya. Syuhada, insan yang selalu bersamaku menempuh alam persekolahan sejak 4 tahun yang lalu. Dia sentiasa memberi sokongan dan tidak jemu melayam sikap panas baranku ini. Aku bersyukur kerena ditemukan dengan insan sebaik Syuhada dalam hidupku.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam kelas, aku disambut dengan tepukan gemuruh daripada rakan-rakanku. Cikgu kesayanganku, Cikgu Suzana meluru kearahku dan menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaanku. Kelu lidahku menerima sambutan seperti ini. Apakah perasaan mereka jika aku gagal mengekalkan pencapaian ini pada SPM nanti?? tidak dapat kubayangkan....

semenjak mendapat ucapan tahniah daripadanya hari itu, kurasakan Syuhada semakin dingin terhadapku. Seminggu lamanya dia tidak tidak hadir kesekolah.Walaupun kami duduk bersebelahan didalam kelas, Syuhada serinh mengelak daripada bercakap denganku, apatah lagi berbual-bual mesra denganku seperti dahulu. Bukan aku tidak berusaha untuk mendekatinya namun setiap kali aku cuba mendekatinya, dia tidak memperdulikan kehadiranku. Tindakannya itu menaikkan kemarahanku. Jika begitulah sikapnya, aku juga malas hendak melayan orang yang banyak karenah sepertinya. Waktu rehatku hanya dihabiskan bersama Farah,Zila dan Liya. Kemana Syuhada menghilang, aku juga tidak tahu.

Petang itu, aku menunggu ayah untuk mengambilku pulang dari sekolah.kelibat Cikgu Suzana menuju kearah keretanya mencuri perhatianku. Tiba-tiba ku lihat Syuhada mengekori langkahnya. Mereka menaiki kereta Honda City milik Cikgu Suzana. Kereta itu berlalu di hadapanku, namun dua manusia di dalamnya tidak sedikitpun menoleh kearahku. Aku dihimpit hasad yang mendalam terhadap Syuhada. Dahulu aku sering 'tumpang' Cikgu Suzana, namun kini, Syuhada mengambil tempatku. Pilu benar rasanya.

Setiap hari aku semakin benci menatap wajah Syuhada Aku tahu, dia iri hati melihat kejayaanku dan anugerah yang aku rangkul. Kadang-kadang aku merasakan aku terlalu kebudak-budakan. Tetapi aku tidak sanggup dilayan begitu rupa olehnya.

Suatu hari aku pulang dari kokurikulum di sekolah dengan menunggang Suzuki Ego yang dipinjamkan oleh abangku. Nun jauh di hadapan pagar sekolah, Syuhada sedanh menunggu bas. Timbul rancangan nakal dibenakku. Skuter itu ku berhentikan dihadapan Syuhada. Aku mengajaknya menumpangku. Berkali-kali Syuhada menolak, namun aku berkeras juga. Wajahnya kelihatan serba salah. Aku tersenyum sinis apabila Syuhada melangkah ke arah skuterku.

Aku menari pedal minyak sekuat yang boleh. Syuhada berpegang erat pada bahuku. Aku tahu Syuhada takut akan kelajuan. Meter skuter mencecah 120km/j.

Syuhada meminta aku supaya memperlahankan kelajuan. Aku tidak menghiraukannya. Bagiku sekarang, itulah balasan atas sikapnya yang begitu angkuh terhadapku.

Aku cuba memotong kereta dihadapanku yang dipandu agak perlahan tetapi gagal, geram betul hatiku. Tiba-tiba muncul sebuah lori daripada arah bertentangan. Pada kelajuan yang kubawa, memang mustahil bagiku untun membrek skuter itu. 'lailahailallah...' hanya itu yang ku dengar dari Syuhada. Aku tercampak jauh. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Aku hanya sedar setelah aku terlantar di hospital.

Cahaya lampu telah mengganggu tidurku. Aku membuka mata. Aku melihat keluargaku di sekeliling. Ada yang tersenyum ada yang menangis. Aku cuba mengimbau kenangan... Mana Syuhada???

Persoalan itu ku lontarkan kepada ibu. Ibu tertuduk bisu, ayah mencelah, "tabahkan hati kau ya nak, sebenarnya, Syuhada telah pergi mengikut jejak ahli keluarganya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya dua minggu sebelum dia pula terkorban..." Aku menangis hiba sebelum sempat ayah meneruskan kata-katanya itu. Aku bersyukur kerana hanya patah kaki kiri. Namun begitu, aku sedih kerana Syuhada pula yang pergi menghadap Illahi akibat kenakalanku.

Cikgu Suzana yang ada sama di tepi katil ketika itu mengelap air mataku. Aku memaksa Cikgu Suzana menceritakan kisah arwah Syuhada sekeluarga yang agak memeranjatkan itu. Baru aku sedar aku tidak menggambil berat perihal masalah yang ditanggung oleh sahabatku itu. Munurut Cikgu Suzana, arwah Syuhada kehilangan ahli keluarganya pada hari aku mendapat anugerah. Arwah yang mengalami kemurungan tidak mahu menerima simpati daripada rakan-rakannya. Syuhada begitu tabah menghadapi kehilangan tersebut. Air mataku bertali arus. Padahal aku yang mementingkan diri sendiri tanpa mengetahui kesedihan orang lain. tambahan pula, aku bertindak bodoh hingga meragut nyawanya. Rasa bersalah beraja dihati. Aku hilanh semangat untuk hidup.

Hari-hari yang aku lalui terasa hambar tanpa Syuhada. Tiada lagi nota-nota pelajaran ditanganku. Semua guru perasan dengan perubahan aku yang drastik itu. Kaunseling dan nasihat tidak berbekes dihatiku. Aku menjadi pendiam dan malas belajar. Akibatnya aku hany alulus dalam peperiksaan SPM. Ia menjadi tamparan hebat kepada warga sekolahku yang mengharapkan aku mengulangi kejayaan lalu.

*******************************************

Walaupun sudah dua tahun kejadian yang menyayat hati itu berlaku, ia masih lagi segar dalam ingatanku. Aku kini mula mengorak langkah dengan menanamkan azam dan tekad untuk membuka lembaran baru dalam hidupku. Aku mula mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Sikap mementingkan diri sendiri dan panas baran telah aku buang jauh-jauh. Aku mula menyayangi insan-insan di sekelilingku. Semoga aku dapat mencontohi sikap mulia Syuhada. Semoga roh Syuhada ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.

idea from:
SAKINAH

No comments:

Post a Comment