Farah masih kaku di tempat duduknya walaupun telah mendengar loceng rehat berbunyi. semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk ke kantin. Terasa malas pula dia hendak keluar rehat. Farah menyembamkan mukanya diatas meja. Peristiwa pagi tadi terbayang di benaknya. Geram sungguh dia.
"Woi pompuan", teriak suati suara.
Farah terkejut beruk disergah begitu. Farah tahu siape gerangan si empunya suara tersebut lantas berpaling ke arah datangnya suara itu. 'adoi, bosan betullah aku tengok muka dia ni. Kalau hendsome tu tak pelah jugak. Ni muke macam cengkodok basi, tak boleh pulak tengok orang senang. Sibuk je'. Farah membebel sendiri sambil memerhatikan Farid yang berjalan kearahnya bersama dua lagi pengawas. Geram betul farah dengan sikap skema Farid. Apa yang Farah hairan, Farid hanya akan tunjuk kuasa setiap kali dia yang melakukan kesalahan. Sekiranya barhadapan dengan pelajar lain, Farid lebih berdiplomasi tetapi kalau dengan dia, fuhhh... Jangan harap...
"Amboi, amboi, amboiii...suka hati kau je mak cik ye.. Kau ingat ni rumah kau ke.. Tak tau peraturan ke? Orang datang sekolah sebelum pukul 7.30 mak cik bukan sebelum pukul 8.30."
"Eh, orang tau lah. Kau ingat aku jahil sangat ke sampai peraturan pun tak tau. Aku sekolah kat sini dah masuk tahun ke tujuh tahu! Aku dah masak benar dah dengan peraturan kat sini."
"Habis tu yang kau datang lewat jugak nie kenapa? Bukan sekali dua pulak tu. Banyak kali tau. Buku rekod tu penuh dengan name kau je."
"Ee..melampaulah kau ni. Kau ingat aku saje je ke nak datang lewat. Moto aku tayar pancitlah." Farah terpaksa menipu untuk membela diri. Wahal sebenarnya dia terlewat bangun tidur. Arghh..xpe.. Tipu sunat..
"Eleh.. Yelah tu. Macam tak boleh pakai je alasan tu. Dah lapuk lah. Hmm..ni ha, yang kau suke hati sangat pijak rumput nie kenapa. Kan rumput ni baru di tanam. Kau tak nampak papan tanda tu." Farid menunjukkan papan tanda yang tertera amaran, 'DILARANG MEMASUKI KAWASAN INI'.
Farah menepuk dahi. Fatah mengutuk dirinya sendiri kerana cuai. Dia sendiri sudah sedia maklum bahawa kawasan taman herba tersebut tidak di benarkan lalu kerana masih dalam pembinaan. Rumput di sekitar kawasan tersebut baru ditanam dua hari yang lepas tetapi dalam keadaan tergopoh-gapah, dia terlupa.
"Aku tak sengajalah bro. Sorry lah. Aku nak cepat tadi. Lupalah pulak. Dah tu laluan nie je paling dekat dengan kelas aku."
"Hmm..umur baru 19 tahun dah nyanyok. Kalah nenek aku." sindir Farid. Berderu darah Farah mendengarnya.
"Woii mat skema, jaga sikit mulut kau tu ye. Aku chili kan baru kau tahu. Suke hati bapak tiri laki mak kau je nak mengata aku ye. Kalau ye pun kau nak tunjuk hebat depan budak-budak ni, agak-agaklah bro. Bahase tu kasi oke sikitlah. Kau ni memang tak reti nak tegur baik-baik ke hah? Heran aku." Merah padam muke Farid apabila di sound begitu rupe. Azim dan Helmi di sebelah hanya tersenyum.
"Hmmm.macam ni lah kak. Kami terpaksa ambik tindakan keatas akak sebab dah langgar dua peraturan pagi ni. Tapi akak jangan risau, kami cume akan tulis kesalahan akan sebab 'ter' lalu dekat kawasan ni. Oasal yang datang lambat tu kami lepaskan. ok kak?" Azim bersuara setelah keadaan sedikit reda. Dia membuat keputusan yang mudah sambil disokong oleh Helmi. Farid menunjukkan riak yang tidak senang tetapi tetap akur kerana tidak ingin memanjangka pertelingkahan itu.
"Ni ha, bru betul. Barulah student nak hormat sikit kat pengawas. Nak bagi tau name pon tak de lah segan sangat. Tak macam kau sombong!"
Setelah mencatat name Farah, Azim dan Helmi mula berlalu. Sebelum meneruskan langkahnya, Farah sempat menjelirkan lidahnya kepada Farid yang masih kaku di situ, puas hatinya dapat mengenakan pengawas sombong itu. Farah berlalu ke kelas sambil berdoa agar cikgu masa pertama tidak masuk lagi.
"Woi Farah, kau ni apa sal hah? Kite orang baik punye risau kau tak turun makan, kau boleh berangan pulak kat sini. ape punye kawanlah kau nie?" sergahan anis mengembalikan faranh ke dunia nyata. Tidak sangka lama jugak di mengelamun.
"Eh, korang dah siap ke? Habis tu aku macam mane? Lapar nie. Adoiii..."
"Kau jangan nak salahkan kita orang pulak ok. Kau tu yang tak habis-habis berkhayal."
"Aku bukan khayal lah Dina, aku just tak ada mood tadi tapi nie dah ada. Aku lapar lah weh.." Farah menayangkan muka sedih dihadapan sahabatnya. Sesungguhnya dia betul2 lapar dikala ini. Farah menyembamkan mukanya dimeja. Huda yang sejak dari tadi menjadi pendengar mula bersuara apabila melihat keadaan arah begitu.
"Alah Farah, kau jangan buat muke sedih kau kat sini lah. Ni ha, ambik roti ni. Makanlah, nantikan kebulur pulak. payah aku nak jawab dengan 'abang' Farid kau tu nanti."
"Eh, apa kena pulak aku dengan mamat tu. Entah pape lah korang ni. Tak habis-habis gosip aku dengan dia. korang ingat aku hadap sangat ke dengan mamat tu? Kalau kau nak, kau ambik lah. Kalau bagi kat aku, hmm...tak payah. Terima kasih je lah. Aku tak hingin tau." Farah bengan betul dengan sikap sahabatnya yang suke memadangkan si mamat skema tu dengan dirinya. Walaupun agak marah tetapi roti yang dihulurkan oleh Huda disambut jua lalu dimakannya.
Loceng menandakan waktu rehat telah tamat dibunyikan. Semua pelajar bergegas ke kelas masing-masing. Di dalam kelas 6a3, cikgu subjek seterusnya telah masuk dan proses p&p pada hari itu berjalan seperti biasa.
Farah dan sahabat sahabatnya tekun mengikuti kelas seperti biasa. Target mereka sudah semestinya cemerlang dalam STPM dengan mendapat 4.00 cgpa... Yeah..
Farah berungtung mendapat sahabat yang saling bertolak ansur dan tolong-menolong. Mereka jugak tidak loket untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar lain yang agak lemah. Farah berharap agar masalah-masalah yang datang dalam hidupnya akan ditangani dengan sebaik mungkin. Gaguan daripada si budak skema Farid juga akan dihindarkan. Dia berazam untuk tidak melakukan masalah disiplin lagi supaya dia dapat hindarkan diri daripada berdepan dengan Farid. Sesungguhnya Farid merupakan penyebab migrainnya kembali...Fuhhh...Farid...Farid...
No comments:
Post a Comment